Project#27 Sup Tulang Special

Bahan-bahannya:
6-8ketul Tulang
2in Halia (diketuk)

Rebus tulang bersama halia sehingga empuk.

2bj Ubi Kentang
1btg Celery
1/2btg Lobak Merah
1unit Sup Bunjut

Setelah tulang empuk, masukkan ubi kentang dan celery dan lobak merah yang telah dipotong. Masukkan juga sup bunjut. Tambah air jika perlu.

3ulas Bawang Putih-hiris
1bj Bawang Besar-hiris
1in Halia-hiris
1btg Kulit Kayu Manis
1ktm Bunga Lawang
Garam
Serbuk Perasa

Sementara  menunggu kentang empuk, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan semua bahan yang telah dihiris. Masak sehingga agak garing. Apabila kentang hampir empuk, masukkan bahan tumisan, garam dan serbuk perasa. Seimbangkan rasanya.

2sb Tepung Kacang Hijau
1bj Tomato
Daun sup dan daun bawang

Apabila kentang sudah empuk, masukkan tepung kacang hijau (tidak perlu bancuh), kacau rata dan biar tepung masak seketika. Tepung kacang hijau digunakan untuk memekatkan kuah sup. Kemudian tutupkan api. Segera masukkan tomato dan daun bawang. Akhir sekali, masukkan daun sup. Angkat dan hidangkan.


Comments

Popular Posts