Project#07 Roti Naik Pahang & Sos Karamel


Bahan Roti
Bahan A
1bj Telur
2sb Susu Pekat Manis 
2sk Instant Yis

Campurkan ketiga-tiga bahan ini dengan air suam, jadikan sebanyak 300 ml. Biarkan selama 10 m-15 minit .

Bahan B
500g Tepung Roti
1sb Susu Tepung
1/ 2cwn Gula
2sb Marjerin

Masukkan tepung roti, susu tepung dan gula ke dalam bekas pengadun. Putar 3 minit campuran tepung tadi, masukkan campuran yis tadi dan putarkan hingga membentuk doh. Masukkan marjerin. Putarkan lagi selama 30 minit atau sehingga doh betul-betul elastik, (bila ditarik doh tidak terputus), dan tidak melekat ditangan. Keluarkan doh dan uli sedikit sehingga permukaan doh betul-betul licin. Masukkan doh kedalam bekas yang telah dilensir sedikit marjerin dan tutup dengan kain lembab. Rehatkan doh sehingga naik sekali ganda. Setelah kembang, keluarkan, tumbuk-tumbukkan doh untuk keluarkan angin. Bulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki, susun ke dalam loyang yang telah di lensir marjerin. Susun dalam jarak 1 jari setiap doh. Rehatkan doh lebih kurang 30 minit atau sehingga doh memenuhi loyang..


Bahan C
 Eggwash (1bji telur + 2sb Susu Cair-sebatikan)
Kuaci Hijau /Putih/Badam/Bijan/ Bijan Hitam

Sebelum dibakar, sapukan eggwash dipermukaan doh. Taburkan bijian yang anda sukai, dan sapukan lagi eggwash perlahan-lahan. Bakar pada suhu 160-190° selama 20 - 30 minit. Pada 10 minit akhir tutup api atas. 

Setelah masak, keluarkan dan sapu marjerin pada permukaan roti agar nampak berkilat dan lebih menyelerakan.

Sos Karamel
2sb Butter
1/2cwn Gula Perang
1/2cwn Krim Masakan/ Fresh Cream/Thick Cream
1sk Esen Vanila
Sedikit Garam & susu segar/cair

Cairkan butter dan masukkan gula perang. Masak sehingga gula cair. Masukkan krim, esen vanila dan garam. Kacau rata. Jika sos agak pekat masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga sos menjadi licin. Masak dengan api kecil dan sentiasa dikacau agar tidak hangus. Hidangkan bersama Roti Naik Pahang..



Comments

Popular Posts