Project#04 Puding Roti (kukus)
Bahan-bahannya;
12kpg Roti Putih
1tin(375ml) Susu Cair
2bj Telur (gred A)
4sb Gula
1sk Esen Vanila
2sb Butter
Sedikit Kismis/Kurma
Kacau rata telur, gula dan esen vanila. Masukkan susu cair dan kacau agar sebati. Ketepikan. Sapu butter pada roti (boleh juga disapu kedua-dua bahagian). Kemudian potong kepada 4 bahagian. Susun roti ke dalam loyang dan tuangkan adunan susu tadi. Tekan sedikit roti agar semuanya menyerap adunan susu tersebut. Taburkan kismis/ kurma. Masukkan puding ke dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Kukus selama 20-25 minit. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidang.
Comments
Post a Comment