Project#20 Trio Marble Cake
1 1/2cwn Tepung Kek
1cwn Marjerin
3/4cwn Gula Kastor
3bji Telur
3sb Susu Pekat Manis
1sk Esen Vanila
1sb Serbuk Koko
1sb Coklat Emalco
Pewarna Oren & Hijau (pewarna mengikut citarasa anda)
Pukul marjerin dan gula sampai kembang dan gebu. Masukkan telur 1 persatu. Putar laju selama 3 minit. Masukkan susu pekat manis dan esen vanila. Putarkan sehingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau secara kaup balik sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
Bahagian 1- serbuk koko dan emalco
Bahagian 2-pewarna hijau
Bahagian 3-pewarna oren.
Lensir loyang pembakar dengan marjerin dan lapiskan dengan kertas pembakar.
Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar secara berselang seli. Caranya, masukkan 1@2 senduk bahagian 1, kemudian tuangkan pula bahagian 2 ditengah-tengah bahagian 1. Lakukan yang sama untuk bahagian 3. Ulang proses ini sehingga adunan habis. Bakar pada suhu 180 - 190 ˚ selama 45 minit @ sehingga masak.

Comments
Post a Comment