Project#18 Bubur Barli dan Kurma

Bahan-bahannya:
1/2 cwn Biji Barli
8cwn Air (anggaran)
2-3sb Sagu Mata Ikan
1hli Daun Pandan
1/2cwn Santan
8bj Kurma
1/2sk Garam
6sb Gula

Rebus biji barli dengan air anggaran 8 cawan. Gunakan api sederhana kecil. Selepas 40minit masukkan sagu, tambah air jika perlu. Teruskan merebus sehingga biji barli lembut dan sagu betul-betul jernih. Kacau sekali-sekala agar sagu tidak melekat pada periuk. Biji barli akan pecah sedikit, barulah betul-betul lembut. Biarkan sehingga air dalam periuk tinggal lebih kurang 2 cawan. Masukkan santan, daun pandan dan kurma. Masukkan garam dan gula. Kacau rata. Seimbangkan rasa. Tambah gula jika suka lebih manis. Masak sehingga mendidih.

Nota: 
Bubur ini agar pekat disebabkan kanji yang terdapat dalam biji barli. Selain kurma, boleh juga menggunakan jagung dan kismis. Boleh juga dimasak tanpa sagu. Gula juga boleh diganti atau ditambah dengan gula melaka, gula perang mahupun gula merah. Semuanya terpulang kepada citarasa anda.

Comments

Popular Posts