Project#12 Jejari Ayam Nestum
Bahan-bahannya;
1cwn Isi Ayam
1/2sk Serbuk Paprika
Secubit Rosemary
Garam
Isi ayam dipotong memanjang seperti jejari. Masukkan ke dalam bekas dan masukkan serbuk paprika, rosemary dan garam. Lumurkan pada isi ayam tersebut.
1bj Telur
1cwn Tepung Serbaguna
1cwn Nestum
Panaskan minyak di dalam kuali. Letakkan ketiga- tiga bahan di atas ke dalam bekas berasingan. Telur dipukul sedikit. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur, kemudian celupkan pula ke dalam tepung. Lumurkan tepung pada keseluruhan isi ayam tersebut. Kemudian, celupkan ke dalam nestum. Tekan-tekan sedikit agar nestum melekat. Goreng terus. Ulang langkah ini sehingga jejari habis. Masak dengan api sederhana hingga garing. Angkat, toskan dan hidang....
Comments
Post a Comment