Project#21 Asam Pedas Ikan Pari

  Bahan-bahannya:
6-8ktl Ikan Pari (siap dipotong)
3bj Bawang Besar
3ulas Bawang Putih
1in Halia
5sb Cili Kisar (tambah jika mahu lebih pedas)
2bj Tomato (1biji dicincang-1bj belah 4)
1sk Serbuk Kari Ikan
1/2sk Serbuk Kunyit
1/2sk Serbuk Cili
4btg Daun Kesum
1cwn Air Asam Jawa 
1@2cwn Air
Garam
Gula
Serbuk Perasa
Kiub Ikan Bilis

Bersihkan ikan pari (lumur dan perapkan seketika dengan asam jawa/asam limau/sedikit cuka untuk menghilangkan bau hanyir). Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak ke dalam periuk/kuali (minyak perlu banyak sedikit agar tumisan boleh menjadi garing). Tumis bahan yang telah dikisar. Tumiskan bersama cili kisar dan tomato cincang. Masukkan juga serbuk kunyit, serbuk cili dan serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak dan sedikit garing. Masukkan ikan pari (bersihkan dahulu selepas diperap tadi) dan masukkan juga daun kesum. Jika telalu kering, masukkan sedikit sahaja air. Biarkan ikan masak (ikan pari perlu dimasak agak lama supaya tidak rasa hanyir). Kacau sekali-sekala. Kemudian tambahkan air, masukkan air asam jawa, garam, gula, kiub ikan bilis dan serbuk perasa. Seimbangkan rasanya. Masak sehingga mendidih dan kuah agak pekat. Setelah masak, tutupkan api dan masukkan tomato yang dibelah empat.
Nota: Jika suka boleh tambahkan kacang bendi atau terung bulat.

Comments

Popular Posts