Project#03 Telur Masak Lada Hitam



Bahan-bahannya;
4bj Telur (direbus)
1bj Bawang Besar-kisar
4bj Bawang Putih-kisar
4bj Cili Api (ikut citarasa)-kisar
1 1/2sb Sos Tiram
1/2sb Serbuk Lada Hitam
Sedikit Garam & Perasa/Kiub Ayam

Goreng telur rebus sehingga berkerak keperangan. (Jika tidak mahu digoreng pun tak mengapa). Ketepikan. Tumis bahan kisar hingga masak. Masukkan sos tiram & serbuk lada hitam. Tambahkan air jika tumisan agak kering. Masukkan bahan perasa dan garam. Masukkan telur rebus tadi dan gaul rata.

Comments

Popular Posts