Project#23 Mi Pecal

 
Bahan-bahannya:
150g Bihun/ mi siput

Bihun direbus sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.

Kuah Kacang
1cwn Kacang Tanah
10 tgkai Cili Kering (tambah jika mahu lebih pedas)
1bj Bawang Besar-dihiris
2Ulas Bawang Putih-dihiris
1/2in Halia-dihiris
1/2in Belacan (jika suka)-dibakar
3sb Air Asam Jawa
3sb Gula
1sb Gula Perang
1/2sk Garam
Sedikit Serbuk Perasa
Air Panas (secukupnya)

Goreng kacang tanah, kemudian goreng pula cili kering sehingga garing. Akhir sekali, goreng bahan hiris. Mulakan dengan menggoreng halia, apabila sudah sedikit perang, masukkan pula bawang merah, kemudian bawang putih. Goreng sehingga sedikit perang/garing. Kemudian angkat. Semasa menggoreng pastikan bahan tidak hangus, ini akan mempengaruhi rasa kuah kacang. Kisar cili kering bersama bawang & halia, dengan menggunakan pengisar kering. Kemudian kisar kacang tanah (juga pengisar kering). Campurkan kesemua bahan ke dalam satu bekas. Masukkan belacan, air asam jawa, gula, gula perang, garam dan serbuk perasa. Tuang air panas sedikit demi sedikit dan kacau rata kesemua bahan.  Air panas tadi dituang sehingga mencapai kepekatan yang diingini. Jangan pula terlalu cair. Seimbangkan rasa.

Ulam-ulaman
Taugeh-rebus
Kacang Panjang-rebus
Kangkung-rebus
Timun
Tauhu-goreng bersama garam & serbuk kunyit

Hidangkan ulam-ulaman bersama mi dan kuah kacang..

Comments

  1. Join yuk di KENARI POKER.
    Tunggu Apalagi Segera Daftar dan Depositkan Segera Di KENARIPOKER .COM
    - Minimal Deposit 15.000
    - Bonus New Member 20.000
    - Bonus Next Deposit 20%

    Contact Person :
    WA : +855 7863 3569

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts