HUJAN, BANJIR & RESIPI CHILI PAN MEE

Assalamualaikum
Hujan..dari malam tadi, sehingga ke sekarang, (waktu sistur menaip masuk entry ni dah pukul 2.28minit petang, 3 Januari 2021). Pagi-pagi buka tingkap, terasa sejuk..nyaman je. Seronok pulak rasanya. Bancuh secawan green tea panas. Sesambil tu berkira-kira nak Chili Garlic Oil Pan Mee


Dalam masa yang sama , teringat pulak dekat mak & adik di Pahang. Khabarnya yang nak ke Seremban harini. Manalah tau nak menyinggah ke rumah di sistur pulak nanti. Sistur pun check telefon, kot la ada whatsapp ke call ke yang sistur tak perasan...sekali tengok whatsapp banyak notification..bila buka...tu diaaa..masing-masing dah share air dah naik. Siap video, air dah sampai ke simen rumah Mak Ngah kat kampung. Rumah mak belakang rumah Mak Ngah je..aihh risau plak. Selama ni memang air tak pernah naik sampai rumah Mak Ngah..paling2 pun sampai pintu dapur je..memang tak pernah menjengah masuk. Tapi bila tengok video tu, rasanya konfirm lah air dah masuk kat bahagian dapur tu

Masing-masing whatsapp sana sini, mintak tolong abang yang sulong tengok-tengokan rumah..risau peti ais & mesin-mesin terkena air. Last-last abang cakap, jalan tak boleh lalu..semua naik air..hemm redho ajelah kalau air naik lagi tinggi. Tengok kat group whatsapp lain pun masing-masing share sana-sini dah naik air, jambatan roboh, tanah runtuh, dan hujan masih belum berhenti lagi. Nampaknya mak & adik pun tak lepas nak balik Pahang, so diaorang terus ke Melaka, stay satu malam rumah adik kat sana.

Esoknya, lepas subuh diaorang gerak balik Pahang. Sampai rumah, elektrik & air pun tak de. Dapur dah penuh lumpur. Tapi mujur juga air tak naik tinggi..separa buku lali aje, tapi lantai dah macam tanah. Barang-barang semua selamat..alhamdulillah. Di sebalik tu, dapat perkhabaran Pak Uda di kampung arwah atok, rumah habis tenggelam separas dada. Allahu, habis semua barang-barang rumah..sedih dengar. Apapun syukur tak de sampai melibatkan kehilangan nyawa. 

Pembukaan tahun 2021 yang agak menyedihkan. Pahang antara negeri yang mengalami banjir terburuk tahun ni. Bila air dah mula surut, keadaan tak ubah macam dilanda tsunami. Harap mereka-mereka yang terjejas dengan banjir bertabah menghadapi dugaan & dipermudahkan segala urusan..aaminn

Uih..panjang celoteh banjir..sambung balik, dengan Chili Garlic Oil Pan Mee sistur tadi. Bahan untuk masak mi ni ringkas je, dan nak buat pun mudah sangat. Sebab nama pun chili garlic oil, so rasa masakan ni memang dominan pada bawang putih dan juga cili. Bila dah bercampur dengan sos/kicap dan juga bahan lain, ada rasa seperti berkacang atau seperti bijan yang dipanggang. Kalau nak tau lebih tepat lagi rasa dia kena lah cuba sendiri..ye dak..macam mana pulak sistur nak describe rasa dalam mulut orang lain..hihi


Sistur memang suka masakan Chinese Style, sebab sangat unik. Bahan ringkas je, tapi cara olahan tu yang buatkan masakan tu sedap & berbeza rasanya. Sistur sharekan cara nak buat Chili Garlic Oil Pan Mee, nanti uolls boleh cuba pulak

CHILI GARLIC OIL PAN MEE
Saiz Hidangan: 2 orang
  • 140g Pan Mee (kering) 
  • Air untuk mencelur  
Selain pan mee uolls boleh guna jenis mi yang lain ikut citarasa. Didihkan dulu air dan rebus pan mee mengikut arahan pada peket. 
  • 4-6 pokok Sawi Bok Choy (sawi jepun) 
  • Air berisi ais 
Sawi ni sistur guna saiz kecil. Kalau nak lebih boleh tambah. Cuci dan belah dua. Selepas mencelur mi tadi, celur pula sawi sehingga bertukar warna hijau terang. Kemudian angkat dan terus masukkan ke dalam air berisi ais untuk menghentikan proses memasak. Kaedah ini juga membuatkan warna sayur jadi lebih cantik
  • 4-6 ekor Udang
Selepas mencelur sawi, rebus udang sekejap, lebih kurang 5-6 minit. Kemudian angkat dan toskan. Udang jangan rebus terlalu lama. Nanti udang akan liat, dan rasa manis udang akan hilang

Kemudian kita sediakan Chili Garlic Oil
  • 4ulas Bawang Putih
  • 2pokok Daun Bawang
  • 1sb Kicap Lemak
  • 1sb Cuka
  • 1sb Emping Cili
  • 1sk Garam
  • 1/2sk Serbuk Lada Hitam/ Putih (kalau pakai putih lagi best)
Bawang putih cincang halus. Kalau agak-agak tak suka terlalu banyak boleh kurangkan sikit. If tak nak tergigit bawang waktu makan boleh tumbuk. Daun bawang dihirs. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam mangkuk TAHAN PANAS dan kacau sebati. Sesuaikan rasa
  • 3sb Minyak Masak
Untuk minyak masak sistur gunakan Canola Oil. Kalau tak de boleh tukar guna minyak masak biasa. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas, biar nampak ada keluar asap sikit. Kemudian curahkan ke dalam mangkuk bahan-bahan tadi. Kacaukan sebati

Kemudian masukkan Pan Mee yang siap dicelur tadi. Hidangkan bersama sawi bok choy dan juga udang
  • Bijan (telah dimasak)
  • Daun Bawang
Kalau suka boleh taburkan bijan & juga daun bawang sebagai hiasan. 


Tutorial video sistur ada siarkan di Youtbe sistur. Boleh tonton melalui link di bawah untuk lebih faham cara memasak Chili Garlic Oil Pan Mee:

https://youtu.be/H0Ok32TgH7Y

Jangan lupa subscribe kalau belum subcribe, insyaallah sistur akan kongsikan lebih banyak lagi resipi-resipi mudah..

ENGLISH
 
CHILI GARLIC OIL PAN MEE
Serve: 2 
  • 140g Pan Mee (dried) 
  • 4-6 Stalks Chinese Mustard  
  • 4-6 Shrimp
  • Water as needed
Bring water to boil & blanch the noodle, chinese mustard & shrimp separately. Drain the water & set aside. For Chinese Mustard, put in iced water after blanch to stop the cooking process & make the vegetable more crispy

For the Chili Garlic Oil Sauce
  • 4 cloves Minced Garlic
  • 2 stalks Green Onion (slice)
  • 2tbsp Soy Sauce
  • 1tbsp White Vinegar
  • 1tbsp Chili Flake 
  • 1tsp Salt
  • 1/2tsp Ground Black/White Pepper
Put all together in a hot resistant bowl. Mix well
  • 3-5tbsp Cooking Oil
Heat the oil until smoky, then pour into the mix garlic bowl. Stir well. Add in the pan mee & mix until the noodle are fully coated with the chili garlic oil sauce. Ready to serve with chinese mustard & shrimp
  • Roasted Sesame
  • Green Onion
Sprinkle with some roasted sesame & green onion

Watch the video in our Youtube via link below, don't forget to subcribe 😁
https://youtu.be/H0Ok32TgH7Y

Happy Cooking
The Sisters

Comments

Popular Posts