Project#05 Cinnamon Apple Pie
Bahan Inti
1bj Epal Merah (saiz besar)
3sb Gula Perang
1@2sb Butter
1sk Tepung Jagung
Garam
Serbuk Kayu Manis
Epal dipotong dadu kecil-kecil, kemudian masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, butter, garam dan serbuk kayu manis. Masak dengan api perlahan sehingga gula cair. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga inti menjadi pekat. Tutup api dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam doh.
Bahan Doh
2cwn Tepung Gandum
1/2cwn Minyak Sayuran / Masak
1/2sk Baking Powder
1/2cwn Air Panas (mendidih)
Campurkan tepung gandum, minyak dan baking powder. Masukkan air panas dan kacau. Apabila adunan sudah suam, bentukkan menjadi doh bulat. Gelek doh dan potong kepada bentuk yang anda suka (panjang, bulat, segitiga dll). Masukkan inti dan lipat doh
Tekan sekeliling doh dengan garfu. Sapukan sedikit kuning telur di atas pie sebelum dibakar. Bakar pada suhu 180* selama 20-25 minit. Biarkan doh sedikit perang untuk lebih rangup.
Comments
Post a Comment