Project#17 Tortilla

Bahan-bahannya:
200g Tepung Gandum
1/4sdk Garam
1/4sdk Baking Powder
125ml Air Suam
40ml Minyak Sayuran

Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul hingga menjadi doh. Bahagikan doh, anggaran 40g setiap doh. Uli setiap doh menjadi bentuk bulat seperti bola. Perap seketika, selama 15 minit di dalam bekas, dan tutup dengan plastik pembalut. Setelah itu, ambil penggelek (rolling pin) dan gelek nipis-nipis menjadi seperti lempeng (jangan buat tebal, nanti tortilla kurang masak dan mudah patah semasa digulung).
Trimkan/potong sekeliling doh agar nampak lebih kemas dan untuk mendapatkan saiz yang sama. Masakkan dalam non-stick pan dengan api sederhana.
Masak selama 4 minit (setiap belah) atau sampai menggelembung, boleh dibalikkan.
Angkat dan letakkan di atas tuala bersih dan tutup untuk mengekalkan kelembutan tortilla. Jangan dedahkan atau terkena angin kerana tortilla akan keras. Apabila sudah sejuk simpan tortilla dalam bekas kedap udara atau plastik. Lapiskan setiap keping dengan plastik supaya tidak melekat antara satu sama lain. Simpan dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, keluarkan dari peti sejuk selama 1/2 jam, untuk melembutkannya semula, tetapi jangan keluarkan dari bekas. Bila sudah lembut, barulah dikeluarkan dari bekas dan panaskan/bakar semula sebelum diguna.

Comments

Popular Posts