Project#15 Apple Doughnut


Bahan Doh
150ml Susu Segar
50g Butter (potong kecil)
400g Tepung Gandum
7g Yis
50g Gula Kastor
½ sk Serbuk Kayu Manis
1/2sk Garam
1bj Telur (Gred A)
1bj Epal (parut)

Panaskan susu di dalam periuk, tutup api dan masukkan butter. Biarkan seketika sehingga susu suam dan butter cair. Dalam bekas yang lain, masukkan tepung bersama yis, gula, serbuk kayu manis dan garam. Gaul rata dan buatkan lubang ditengah-tengah, masukkan susu suam, telur (yang telah dipukul sedikit) dan parutan epal. Gaul sehingga membentuk doh. Keluarkan dan uli beberapa minit untuk sebatikan adunan. Lumurkan doh dengan sedikit minyak, kemudian masukkan ke dalam bekas (dilensir sedikit minyak). Tutup bekas dengan plastik yang juga disapu sedikit minyak. Letakkan ditempat yang agak berhaba selama 2 jam atau sehingga doh naik dua kali ganda. Setelah doh kembang, keluarkan dan tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. Setelah itu, bulatkan doh kepada saiz kacang walnut, bulatkan sehingga permukaan doh agak licin. Letakkan dalam dulang yang telah dilensir minyak, dan tekan sedikit dengan tapak tangan. Ulang proses tersebut hingga doh habis. Tutup semula doh yang telah dibentuk dengan plastik berminyak. Rehatkan selama 30 minit atau sehingga doh kembang sekali lagi. Setelah itu, bolehlah digoreng. Goreng dengan api sederhana selama 4-5 minit atau sehingga berwarna coklat. Sentiasa balik-balikkan agar masak sekata.

Bahan Salutan
 50g Gula Kastor
1sk Serbuk Kayu Manis
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dalam satu bekas.  Golekkan donat yang telah siap dimasak.

Jika anda suka, boleh sediakan intinya, seperti di bawah.

Inti/Filling (Jem Epal)
½ bj Epal
4sb Gula Perang
20g Butter
1/2sk Esen Vanila
Garam

Epal diparut, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, butter, esen vanila dan garam. Masak sehingga campuran menjadi pekat dan sedikit kering. Tutupkan api. Ketepikan, dan biarkan sejuk. Tebuk lubang pada donat dan paipkan jem ke dalam donat. Jem selebihnya boleh dihidangkan sebagai pencicah.
Selain Jem Epal, boleh juga menggunakan inti/filling yang lain seperti kastad epal, sos karamel, karamel kayu manis dan sebagainya mengikut citarasa anda.

Comments

Popular Posts