Project#02 Kek Batik Cheese


Lapisan Coklat

1/2 Peket Biskut Marie
200g Butter
2@3sb Serbuk Koko
1/2tin Susu Pekat Manis

Cairkan butter, masukkan serbuk koko & susu pekat. Kacau adunan hingga rata & tidak berketul. Patahkan biskut, masukkan ke dalam adunan tadi, gaul rata. Masukkan biskut yang telah tersalut coklat ke dalam loyang, lebihan coklat ditinggalkan untuk topping. Tekan biskut sedikit agar memenuhi ruang-ruang kosong dan biarkan sedikit mampat. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk sementara membuat lapisan cheese.

Lapisan Cheese

1/2 peket Biskut Marie
250g Cream Cheese
1/4cwn Gula Halus/ Susu Pekat
Kepingan Badam/Kekacang

Pukul cream cheese hingga kembang, masukkan gula/susu kacau hingga sebati. Patahkan biskut marie dan masukkan ke dalam adunan. Kacau hingga semua biskut bersalut krim. Lapiskan adunan ke atas lapisan coklat yang telah disejukkan tadi. Ratakan. Sejukkan sebentar sebelum dilapiskan dengan adunan coklat yang ditinggalkan tadi. Taburkan dengan kepingan badam (telah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu @ disangai) atau kekacang kegemaran anda. Sejukkan lebih kurang 6 jam sebelum dipotong.

Comments

Popular Posts