Project#25 Daging Goreng Nenas

Bahan-bahannya:
500g Daging (potong-potong)
3ulas Bawang Putih
1in Halia
1ktm Bunga Lawang
2btg Cengkih
1sb Rempah Kari Daging
200g Nenas
1/2bj Lada Benggala Merah
1/2bj Lada Benggal Hijau
1/2bj Timun (jika suka)
2sb Sos Tomato
2sb Sos Tiram
1sk Serbuk Lada Hitam
Garam

Tumbuk bawang putih dan halia, tumiskan bersama bunga lawang dan cengkih. Masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan sedikit air. Goreng sehingga garing. Masukkan daging dan masak sehingga empuk. Apabila sudah empuk, masukkan sos tomato, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. Kacau sebati, kemudian masukkan timun, lada benggala hijau dan merah, juga nenas. Kacau dan biarkan seketika. Tutup api dan boleh dihidangkan…

Comments

Popular Posts