Project#118 Apam Nasi

Assalam semua..
Projek harini TS buat APAM NASI. Nasi adalah antara ramuan dalam apam ni selain tepung gandum dan tepung beras. Oleh sebab tu ia dipanggil apam nasi. Apam ni sangat la senang nak buat, tapi perlu diperap dulu sebelum di masak. Alaa..tak lama pun nak perap.. Ok jom kita tengok cukup tak bahannya untuk u all cuba pulak..

APAM NASI
-------------------
Bahan A:
2sk Yis Kering
1sk Gula
1/2cwn Air Suam

Bahan B:
2cwn Tepung Gandum
2cwn Tepung Beras
1cwn Gula
(kalau tak nak manis boleh kurangkan 3/4cwn sahaja)
Sedikit garam

Bahan C:
2cwn Nasi Sejuk
2cwn Air

Bahan D:
Pewarna 
Perasa

Bahan E:
Kelapa Parut
Garam

Sediakan dahulu bahan A, bancuhkan yis dan gula dalam air suam, kacau dan biarkan seketika sehingga berbuih. Sementara itu, satukan bahan B, iaitu tepung gandum dan beras, juga gula ke dalam sebuah bekas. Kemudian kisar bahan C, iaitu nasi dan air. Masukkan bahan kisar (bahanC) ke dalam campuran tepung (bahan B). Kacau sebati dan masukkan yis (bahan A). Kacau semuanya dan perapkan selama 1jam atau sehingga adunan kembang dan berbuih. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan Bahan D.  Kemudian bolehlah panaskan kukus, oleskan minyak ke dalam acuan dan kukus adunan.
Jika menggunakan acuan kecil kukus selama lebih kurang 10minit. Manakala jika menggunakan acuan besar kukuslah selama lebih kurang 30min atau lebih.Lapkan bahagian dalam penutup kukus sebelum memasukkan adunan agar air tidak menitis ke atas permukaan adunan. Akhir sekali kukuskan kelapa parut yang digaul bersama garam. Kukus sebentar sahaja, agar kelapa tidak terlalu kering. Kelapa dikukus untuk elakkan ia cepat menjadi basi. Bila semua dan siap, boleh golekkan apam ke dalam kelapa dan hidangkan..

Selamat Mencuba…





Comments

Popular Posts