Project#109 Fishball Noodle Soup with Taucu Sambal

Bahan mi dan sup:
200g Bihun
(boleh juga guna apa2 jenis mi yang anda suka..)
+-15-20ketul  Fish ball
(boleh guna apa2 jenis, saya guna sotong ball bersayur dan bersaiz besar..
4-5cwn Air
2-3sb Sos ikan
Garam
Daun Bawang (hiris)
Stok Ikan Bilis

Bahan untuk goreng: 
(tak buat pun tak apa, sekadar untuk tambah perisa)
8ulas Bawang Putih- dihiris bulat atau cincang)
1ketul besar Halia-hiris panjang

Bahan sambal taucu:
5-6bj Cili Api (atau boleh tambah dan kurangkan ikut selera)
1bj Cili Besar Merah
1bj Bawang Besar
1in Halia
2ulas Bawang putih
2-sb Taucu
Gula
Jus Limau ( apa2 jenis kasturi, lemon atau limau nipis)

Caranya:
Bihun direbus sehingga lembut. Toskan dan ketepikan. 
Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan fishball, sos ikan, garam dan stok ikan bilis. Masak sebentar dan sesuaikan rasa. Saya masak sehingga fishball terapung. Tutup api dan taburkan daun bawang. 

Untuk bahan goreng, goreng satu persatu bahan sehingga garing menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau dan perhatikan kerana bawang putih dan halia cepat hangus. Bila sudah masak angkat dan ketepikan.

Untuk sambal taucu pula, kisar semua bahan kecuali taucu, gula dan jus limau. Tumiskan bahan kisar bersama taucu sehingga cili betul2 masak dan sedikit garing. Kemudian masukkan gula dan air jika agak kering. Kuantiti gula agak banyak kerana taucu masin. Apabila sudah seimbang manis dan masin, boleh masukkan jus limau secukupnya. Kacau sebati dan angkat. 

Sedia untuk hidangkan mi dan sup bersama bawang dan halia goreng serta sambal taucu..selamat mencuba..😍





Comments

Popular Posts