Project#105 Kerabu Perut

Bahan-bahannya:
1mgkuk Perut putih
1kntum Bunga Kantan 
2btg Serai
1bj Bawang Besar
2-3bj Cili api
Tomato
Daun Ketumbar
Gula
Garam
Jus limau kasturi

Caranya: Perut dipotong dan direbus sehingga betul2 lembut. Toskan dan masukkan ke dalam bekas untuk digaul bersama bahan2 lain. Hiris serai, bunga kantan dan bawang, cili api, tomato dan daun ketumbar. Untuk daun ketumbar, saya gunakan daun ketumbar jawa. Manakala untuk tomato saya gunakan separuh sahaja dan buangkan bijinya. Masukkan ke dalam bekas tersebut. Kemudian masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Jus limau kasturi boleh diganti dengan limau nipis, lemon atau cuka. Manakala kuantiti gula lebih banyak dari garam. Gaulkan dan seimbangkan rasanya. Setelah itu diperap sebentar di dalam peti sejuk agar campurannya sebati. Lebih kurang 30min. Kemudian boleh keluarkan, gaul dan boleh dihidangkan. 

Comments

Popular Posts