Project#113 Ayam Pongteh


Asslamualaikum
Alhamdulillah hari ini diberi sedikit kelapangan untuk menulis dalam blog. Dalam entri-entri yang lepas TS (The Sisters) cuma taip resepi aje. Jadi, dikesempatan ni nak bercerita serba sedikit tentang apa yang dah TS masak hari ni, iaitu Ayam Pongteh. Sebenarnya TS dah pernah cuba masak menu ni, tapi kurang sedap. Baru-baru ni TS nampak rakan FB masak menu ni. Jadi TS pun tanyakan caranya. So, harini TS cuba masak semula dan hasilnya lebih baik dan lebih sedap ..hihi..anyway thanks to sis Tan Su Min yang ajarkan TS cara nak masak. Apa yang TS tahu, Ayam Pongteh ni asalnya masakan Peranakan iaitu Kaum Baba Nyonya Melaka. Cara memasak lebih kurang je macam ayam masak kicap, cuma bezanya ada masukkan taucu masa menumis. Ok jom tengok macam mana cara nak masak Ayam Pongteh ni..

AYAM PONGTEH
-------------------------
-+8ketul Ayam (potong sedikit kecil)
2bj Ubi Kentang (potong kiub)
3ulas Bawang Putih
1/2in Halia
1labu Bawang Besar (hiris bulat)
2sb Taucu (kacang masin)
2cwn Air
Kicap Manis secukupnya
Lada Hijau dan Merah (belah)
Daun Bawang (hiasan)


Tumbuk bawang putih bersama halia. Kemudian tumiskan sehingga wangi. Masukkan taucu dan goreng sebentar. Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang. TS biarkan sampai air ayam tu kering dan semuanya nampak tergoreng.

 

Kemudian baru masukkan bawang besar. Biarkan bawang sedikit layu baru masukkan air. Tutup kuali sebentar dan masak sehingga ayam dan ubi kentang betul-betul masak dan lembut. Tambah air kalau tak cukup, kemudian masukkan kicap manis secukupnya juga lada hijau dan merah. Kalau tak ada kicap manis, boleh pakai kicap masin tapi jangan terlalu banyak. Kemudian tambahkan gula untuk seimbangkan rasanya. Bila semuanya dah sebati, boleh angkat dan taburkan hirisan daun bawang.

Untuk masakan ni tak perlu garam sebab taucu tu dah cukup masin. Resepi Ayam Pongteh ni ada pelbagai, selain ubi kentang ada juga yang masukkan cendawan shitake dan ada juga yang gunakan cendawan butang. Apapun terpulang kepada selera anda semua…

Kalau nak lihat demo masakan boleh tengok kat video ni ye..
Kredit to :
buatoranglapo @buatoranglapo.com




Comments

Popular Posts