Project #111 Haemul Pajeon (Korean Seafood Pancake)

Bahan Topping:
1cwn Makanan Laut
*Gunalah apa jua jenis makanan laut kegemaran anda, saya gunakan udang, filamen ketam dan bebola sotong. Nak guna 1 jenis sahaja pun boleh
1ikat Daun Bawang @ kucai (saya gunakan daun bawang)
*Daun bawang biasanya dipotong dua sahaja.
1bj Lada Besar (opsyen-terpulang mahu letak atau tidak)

Gaul semua bahan dengan bahan di bawah:

Minyak Bijan
Lada Sulah
Garam
1/2in Halia (cincang)
2bj Bawang Putih (cincang)

Bahan Pancake: (untuk dua keping bersaiz 7-8inci)
1cwn Tepung Pancake Mix
ATAU
3/4cwn Tepung Gandum
2sb Tepung Jagung
2sb Tepung Beras
1bj Telur (diaduk dahulu)
Garam
1cwn Air Sejuk

Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati. Panaskan non-stick pan yang disapu sedikit minyak. Untuk memasak pancake, ada beberapa cara.

1) campurkan semua bahan topping ke dalam bancuhan pancake kemudian tuang ke dalam pan. Masak sehingga garing pada kedua2 bahagian

2) Susunkan bahan topping, kemudian baru tuangkan bancuhan tepung. Kemudian masak sehingga garing pada kedua2 bahagian.

3) Tuang adunan tepung dan topping. Masak sehingga garing pada kedua2 bahagian.

Saya gunakan cara ke-2 dan ke-3, untuk menampakkan susunan topping yang lebih menarik. Namun jika gunakan cara ke-3 mestilah cepatsusunkan topping kerana adunan tepung cepat masak . Ini membuatkan topping kurang melekat pada tepung.


Dipping Sauce (sos pencicah):
3sb Kicap
( apa jua jenis kicap-saya gunakan kicap manis)
1 1/2sk Cuka
1sb Minyak Bijan
3sb Air
1/2sk Gula
1bj Bawang Putih (cincang)
Sedikit Halia (cincang)
Lada Hitam
Cili Api
Bijan (sangai dahulu-untuk taburan)

Campur semua bahan dan kacau sebati. sesuaikan rasa, mesti ada manis, pedas dan sedikit masam juga rasa minyak bijan..taburkan bijan.

Selamat Mencuba

sumber:
KOREA BAPSANG

Comments

Popular Posts