Project #103 Ayam Kukus Halia

Bahan-bahannya:
1/2ekor Ayam
1-2sb Sos Tiram
2in Halia (ditumbuk)
Kiub Ayam
Garam

Lumurkan ayam dengan bahan- bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang pengukus. Sementara itu panaskan pengukus.

2-3btg Serai (diketuk)
1bj Bwang Besar (hiris bulat)
3in Halia (hiris panjang)

Masukkan semua bahan di atas ke dalam loyang berisi ayam tadi dan kukus selama 30min kemudian masukkan sayuran

Lobak Merah ( hiris panjang)
Selery (potong serong)

Kukus lagi 15min atau sehingga masak. Atau boleh kukus lebih lama sehingga isi ayam mudah ditanggalkan dari tulangnya. Sebelum tutup api, seimbangkan rasa dahulu.

Daun Bawang
Daun Sup

Masukkan kedua-dua bahan sejurus selepas api ditutup. Dan tutup kukus sebentar. Kemudian bolehlah diangkat dan hidangkan. Boleh dimakan bersama cili potong..

Sumber: 
Drama TV
Azam Ramadan Sue..😄

Comments

Popular Posts