Project#116 Daging Goreng Jintan

Assalam semua..
Harini nak share satu resepi daging yang tak kurang sedapnya. Jemu jugak kalau asyik masak sup, masak kicap…kann….so, jom try pulak DAGING GORENG JINTAN ni..pasti tak mengecewakan..


Bahan-bahannya:-
500g Daging (Di Hiris Nipis)
2inci Halia (Hiris Batang Mancis)
1bj Bawang Kuning (Hiris)
2bj Bawang Putih ( Di Cincang Halus)
1sk Serbuk Kunyit
*1sb Jintan Manis
*1sk Jintan Putih
*1sb Lada Hitam
(sangai bahan bertanda* dan ditumbuk halus)
1btg Serai (Dititik)
10bj Cili Api (Dititik setiap biji)
*Jika tak mahu pedas boleh gantikan dengan Lada Besar (belah)
2sb Kicap Manis
1sb Sos Tiram
Air
Garam
Gula
Perasa

Goreng halia dan bawang besar sehingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putihsehingga layu. Kemudian masukkan daging dan serbuk kunyit. Gaul dan biarkan daging tergoreng sebentar. Masukkan air dan masak sehinggadaging empuk. Kalau suka kuah banyak tambahkan air. TS suka kuah yang agak pekat jadi TS biarkan airnya tinggal sedikit saja. Masukkanbahan yang telah disangai dan tumbuk, serai, cili, kicap manis, sos tiram. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Kacau sebati danseimbangkan rasanya. Alhir sekali masukkan halia dan bawang yang digoreng tadi. Tutup api dan angkat.



Comments

Popular Posts