Projek #175 Teh Cincau

Assalamualaikum
Bulan Ramadan yang lepas TS buat air TEH CINCAU ni. Reason TS buat sebab nampak ramai sangat yang jual air teh 'sedap' yang viral tu. TS pun sebenarnya tak pernah beli air tu..tapi kalau kata air teh tu tau la apa ingredient dia kan. 


Ni air Teh Cincau yg TS buat. Nampak meneyelerakan tak??..hihi. TS buat ikut citarasa sendiri. Yang penting lemak berkrim disukai ramai. Kalau nak rasa teh yang kaw, kena rebus dulu serbuk teh, supaya pati teh tu keluar. Kalau tak ada serbuk, boleh je guna uncang teh, tapi kena letak agak banyak la untuk dapatkan rasa teh yang lebih kuat. Seeleok-eloknya rebus juga uncang tu.


TS guna teh merah dari Thailand ni. Tehnya wangi dan warnanya cantik. Tapi ada yang kata tak boleh minum banyak, nanti sakit tekak katanya. Betul atau tidak TS sendiri pun tak pasti. Tapi yang pasti teh ni memang sedap & TS suka. 

Apa yang diperlukan untuk buat teh cincau ni? Jom scroll ke bawah ada resepi yang TS sediakan. Tapi sukatannya TS agak sajalah ye. Boleh adjust ikut citarasa dan selera masing-masing

TEH CINCAU
2sb Serbuk Teh 
(kalau uncang boleh guna dalam 5-7pek)
4cwn Air

Rebus teh dengan air sehingga mendidih. Lebih kurang 10-15min. Tapiskan ke dalam bekas. 

2-3sb Gula Melaka 
(gula biasa pun boleh)
1/3cwn Susu Cair/ Segar
Cincau secukupnya

Masukkan gula dan kacau sehingga larut. Sesuaikan tahap kemanisan mengikut selera. Masukkan susu cair. Ingat ya, jangan masukkan susu semasa air terlalu panas, sebab susu akan pecah. Kemudian kacau lagi. Sesuaikan rasa, tambah susu atau gula lagi jika perlu. Bila dah siap parutkan cincau secukupnya. Kemudian masukkan ais atau simpan sejuk.





Comments

Popular Posts