Project #177 Fresh Manggo Jiuce

Assalamualaikum
Fresh Manggo Juice, segar dan nyaman je bila masuk ke tekak. Actually kalau nak yang betul-betul sedap kena guna buah mangga yang dah masak ranum. Sebab buah yang betul-betul masak ni lebih manis rasanya. So tak perlu tambah banyak gula, dan rasanya lebih natural bila diblend.


Ini jus yang TS dah buat. TS simpan dalam chiller sekejap bagi sejuk dulu. Barulah rasa nikmat bila minum nanti. Jom kita tengok ada yang perlu dibuat untuk dapatkan minuman segar macam ni.

FRESH MANGGO JUICE
1bj Buah Mangga (masak ranum)
Air
Gula
Garam

Kisar semua bahan dalam pengisar sehingga halus. Tapiskan jika ada serat mangga yang tidak hancur. Gunakan kadar air yang sedikit sahaja supaya keaslian rasa mangga tu tak hilang. Sejukkan dalam peti ais, atau tambahkan ais untuk menikmatinya.

Comments

Popular Posts