Project #186 Sotong Goreng Tepung

Assalamualaikum
Ad yang suka sotong goreng tepung? Kalau makan di mana-mana kedai masakan Siam/Thailand mesti order sotong goreng tepung ni kan. Tapi selalunya dapat sikit je. Tak puas nak makan. Nak buat sendiri leceh pulak, sebab asyik meletop aje time masak tu. 

Macam-macam petua TS jumpa supaya sotong tak meletop bila digoreng. Ada yang suruh lap dulu, ada yang suruh simpan dalam peti ais bagi kering. Actually tak kisah nak guna cara macam mana asalkan selesa dengan cara tu. 


Ok tak TS goreng sotong tu. Alhamdulillah setakat ni tak de la meletop macam mercun..haha. Seseklai tu ada la, meletup sikit-sikit bila terkena tempat yang tak tersalut tepung tu.
Korang tak sabar dah kan nak tau caranya. Ok jom check it out resepinya

 SOTONG GORENG TEPUNG
1mgkuk Sotong (potong & bersihkan)

1bj Telur
2cwn Tepung Beras
Serbuk Kunyit
Serbuk Lada Sulah
Garam




Sotong tadi toskan airnya. Masukkan ke dalam mangkuk bersama telur. Kacau sebati. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung beras, serbuk kunyit, serbuk lada sulah dan garam. Gaul sebati. 


Panaskan minyak. Celupkan sotong yang telah digaul bersama telur tadi, ke dalam campuran tepung. Pastikan salut keseluruhan sotong. Kemudian goreng sehingga keperangan dengan api besar. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan semasa masih panas. 


Ini hasilnya. Ok dah tau kan caranya, so..selamat mencuba.

Comments

Popular Posts