Project#39 Apple Roses


Bahan Roses
1bj Epal
3sb Gula Perang
50g butter
Sedikit garam

Sediakan bekas, isi air dan tambah satu sudu kecil garam. Epal dibelah dua. Buang terasnya. Hiris nipis-nipis secara melintang dan terus masukkan dalam air garam tadi untuk elakkan epal bertukar perang. Masak gula perang, butter & garam. Apabila gula sudah cair, masukkan epal ke dalam periuk tersebut. Masak sebentar sahaja(lebih kurang 20-30saat) untuk melembutkan epal (jgn sampai lembik, nanti epal mudah koyak). Keluarkan epal dan toskan. Biarkan air rebusan di dalam periuk untuk membuat kastad.

Bahan Kastad
 Air rebusan epal
1sb Gula Perang
½@1 sdk Tepung Kastad
Secubit Serbuk kayu manis (jika suka)
 Masak semua bahan sehingga agak pekat (api kecil) dan dikacau sentiasa agar tidak berketul. Apabila sudah pekat, tutup api dan biarkan sejuk.

Bahan Doh
 1cwn Tepung Gandum
2sb Majerin
Sedikit garam
Sedikit air.
Gaul tepung dengan marjerin dan garam sehingga sebati. Tepung akan kelihatan seperti serbuk roti. Masuk air sedikit demi sedikit, sambil menggaul sehingga boleh membentuk doh. Gelek doh sehingga nipis dan potong panjang seperti bentuk pembaris. (Jika doh tebal, bahagian dalam akan jadi kurang masak-dan jika ditambah masa membakar, luaran pastry akan hangus). Sapukan kastad pada doh. Susunkan hirisan epal secara berlapis di atas doh dan gulungkan. Lekatkan hujung gulungan dengan sedikit air. Pastikan ia betul-betul melekat. Masukkan ke dalam tin pembakar muffin/cup cake atau paper cup yang keras, supaya gulungan tidak terbuka semasa dibakar. Boleh juga menggunakan paper cup yang lembut, tetapi pastikan doh tadi dilekat dengan kuat. Bakar pada suhu 160⁰ selama 40-45min.

Nota: Bakar dengan membuka api bawah dahulu. Letakkan pastri di rak tengah. Pada 10 minit akhir buka pula api yang atas sahaja. Tutupkan api yang bawah.  Alihkan pastri ke rak bawah. Cara ini untuk mengelakkan hujung epal menjadi terlalu masak dan hangus.


Comments

Popular Posts