Project#28 Nasi Goreng Nenas

Bahan-bahannya:
1genggam Ikan Bilis
Goreng ikan bilis dan ketepikan dahulu.

2mangkuk Nasi Putih (diramas sedikit)
1bj Bawang Merah-hiris
2ulas Bawang Putih-hiris
2bj Cili Api-Ketuk (tambah jika mahu lebih pedas)
Kiub Ikan Bilis
Garam
1cwn Nenas Manis-potong
1/4bj Lada Benggala Merah-potong
1/4bj Lada Benggala Hijau-potong
2sb Kacang Peas
Daun Ketumbar –hiris

Tumis bawang merah, cili api dan bawang putih sehingga agak perang. Masukkan nasi putih dan kiub ikan bilis serta garam. Gaul rata. Masukkan nenas, lada benggala merah & hijau, dan kacang peas. Gaul sehingga rata dan biarkan seketika sehingga semua perasa menyerap ke dalam nasi. Setelah itu, tutup api. Angkat dan taburkan ikan bilis dan daun ketumbar. Hidangkan.





Comments

Popular Posts