Project #30 Kacang Rugget

Bahan-bahannya:
250g Kacang Tanah
1cwn Tepung Beras
1in Halia-tumbuk
2ulas Bawang Putih-tumbuk
1sb Serbuk Cili
1sk Serbuk Lada Sulah
1bj Telur
Garam
Gula

Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam satu bekas. Masukkan tepung, serbuk cili, serbuk lada sulah, garam dan gula. Gaul rata. Pecahkan telur ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. Jika adunan terlalu kering, atau tepung jadi berketul-ketul, masukkan air (sedikit sahaja).
*Adunan tepung mestilah betul-betul pekat supaya tepung tidak tertanggal semasa menggoreng.
Kemudian masukkan pula kacang tanah. Gaul sehingga semua kacang bersalut dengan adunan tadi. Setelah itu, panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana sehingga masak. Semasa memasak, leraikan kacang supaya tidak bergumpal. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan kacang hangus.
* Jangan bimbang jika kacang lemau selepas siap digoreng kerana kacang hanya akan menjadi garing apabila sudah sejuk sedikit.

Comments

Popular Posts