Project#32 Nasi Mandhi Abu Dhabi

Kabsa Chicken Roasted
1/2ekor Ayam
*1/4sk Serbuk Ketumbar
*1/4sk Serbuk Jintan Manis
*1/4sk Serbuk Lada Hitam
*1/2sk Serbuk Kunyit
*1/2sk Serbuk Rempah Kabsa/Serbuk Rempah Campuran
(Campurkan semua serbuk rempah bertanda*)
1/2bj Bawang Besar-potong  bulat
1/2bj Lemon /Oren+Limau Nipis-potong bulat
(jika takut terasa pahit, buangkan dahulu kulitnya)
2sb Jus Lemon  /Oren+Limau Nipis
Garam
Serbuk Perasa
Saffron/Pewarna Kuning
Aluminium foil

Ayam dibersihkan dan dikelar sedikit. Lumurkan serbuk rempah pada ayam bersama sedikit garam, serbuk perasa dan saffron/pewarna kuning. Perap ayam selama lebih kurang 15-30 minit supaya semua rempah sebati. Sementara itu sediakan dulang pembakar dan alaskan dengan aluminium foil. Susun bawang dan lemon/oren+limau nipis di atas aluminium foil tadi. Letakkan ayam atas susunan tadi. Ambil aluminium foil dan tutup/bungkuskan ayam tersebut. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 250⁰c selama 50minit. Sepuluh minit terakhir, bukakan aluminium foil, keluarkan air ayam tersebut untuk kuah atau boleh digunakan untuk memasak nasi mandhi. Bakar ayam sehingga siap. Jika mahu ayam lebih garing, tambahkan masa membakar. Setelah siap, sapukan sedikit jus ke atas ayam.

Nasi Mandhi
2pot Beras Basmathi/Beras biasa (cuci dan toskan)
2sb Minyak Sapi
1btg Kulit Kayu Manis
3ulas Buah Pelaga
4kntm Bunga Cengkih
1kntm Bunga Lawang
1bj Bawang Besar-hiris
3ulas Bawang Putih-hiris
2in Halia-hiris
1/2cwn Kismis
1/2sk Rempah Kabsa/Air Ayam (dari ayam yang dibakar)
Garam
Pewarna Kuning/Hijau

Masukkan miyak sapi dan tumis kulit kayu manis, buah pelaga,bunga cengkih dan bunga lawang. Setelah naik baunya, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis sehingga layu. Masukkan kismis dan beras. Goreng sebentar. Setelah itu, masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Masukkan air ayam/rempah kabsa dan tambah air secukupnya untuk memasak nasi. Masukkan garam. Masak nasi seperti biasa. Setelah nasi masak, masukkan pewarna dan gaulkan sedikit.

Sos Salata & Ulam
1/2bj Tomato-potong kecil
4bj Lada Hijau-potong kecil
2bj Cili Api (jika mahu pedas)-potong kecil
2btg Daun Ketumbar-hiris
Garam
Gula
Perahan Lemon/Cuka

Campur semua bahan dan kisar sebentar sahaja. Jangan terlalu hancur. Masukkan sedikit sahaja air untuk mengisar jika perlu.
Hidangkan bersama timun, urugula(daun jarjeer), salad atau ulam-ulam kegemaran anda.















Comments

Popular Posts