Project#34 Butter Chicken

Bahan Ayam
1mgkuk Isi Ayam-potong kiub
1bj Telur-dipukul sedikit
Kiub Ayam-secukupnya
Serbuk Lada Sulah
Garam
1cwn Tepung Beras
Masukkan isi ayam ke dalam bekas, bersama telur, kiub ayam, serbuk lada sulah dan garam. Gaul sebati. Sediakan minyak untuk menggoreng. Masukkan tepung ke dalam bekas yang lain. Celupkan ayam ke dalam tepung dan goreng hingga garing. Ketepikan, sementara menyediakan kuahnya.

Bahan Kuah
2sb Butter
1/2bj Bawang Besar-cincang
4ulas Bawang Putih -cincang
1 pelepah daun kari
1sk Serbuk Kari
2kpg Keju Cheddar
2cwn Susu Cair
*Pastikan susu pada suhu bilik, kerana jika menggunakan susu yang baru dikeluarkan dari peti sejuk, teksturnya akan pecah. Jika terlupa untuk mengeluarkannya dari peti sejuk, campurkan sedikit air untuk menstabilkan suhunya.
1bj Lada Hijau Besar-potong
Serbuk Oregano-secukup rasa
Garam

Cairkan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih serta daun kari. Apabila bawang layu, masukkan serbuk kari dan goreng sebentar. Kecilkan api, masukkan susu cair dan keju. Kacau sekali-sekala untuk mengelakkan susu pecah. Biarkan mendidih seketika, atau sehingga kuah mencapai kepekatan yang diingini. Masukkan lada hijau, serbuk oregano dan garam.
*Berhati-hati memasukkan garam kerana keju sudah masin.
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau dan bolehlah diangkat. Hidangkan bersama nasi, pasta, roti atau apa sahaja mengikut selera anda.
*Jika mahu pedas masukkan cili api semasa menumis

Adaptasi dari: https://buatoranglapo.wordpress.com


Comments

Popular Posts