Project#35 Sambal Belimbing Hitam

Assalamualaikum..
Tuu dia, naik sekali lesung. Siap dah masak sambal belimbing hitam a.k.a sambal hitam pahang. Sambal ni makan dengan nasi panas, memang sampai terbalik la jari menggaul nasi tu..fuhh power beb..

Cara nak buat senang je, cuma yang susah nak dapatkan belimbing rebus tu..kat sini TS dah masukkan sekali pasal belimbing rebus tu bagi sesiapa yang belum tau ..

jom tengok macam mana nak buat 
SAMBAL BELIMBING HITAM 
a.k.a sambal hitam pahang
Bahan-bahannya:
1genggam  Ikan Bilis (dibelah)
3bj Cili Api (tambah jika mahu lebih pedas)
1bj Bawang Besar
1sb Belimbing Rebus (tambah jika mahu lebih masam)
3sb Minyak (untuk menggoreng)
Garam (jika perlu)

Tumbuk semua bahan di atas. Blender pun boleh, tapi TS tak suka sebab terlalu hancur. TS lebih suka kalau ada tekstur kasar, lebih sedap dimakan. Tumbuk pun tak perlu terlalu lumat dan jangan pulak terlalu kasar. Sedang2 je. Panaskan minyak, minyak letak lebih sedikit, supaya sambal sedikit garing.. Kemudian boleh goreng sambal.

Kalau suka sambal yang basah tak perlu goreng terlalu lama atau boleh masukkan sedikit air. Masukkan garam jika perlu ya. Kalau suka yang kering, goreng lama sedikit sehingga agak kering. Guna api sederhana kecil agar sambal tidak mudah hangus. Biasa yang dijual adalah versi kering sebab ia lebih tahan lama berbanding yang basah.

Setelah siap, angkat dan boleh dihidangkan. Sambal ini biasanya dimakan dengan nasi putih yang masih panas. Boleh juga dimakan dengan pulut dan bubur nasi. Sambal ni pun boleh makan mentah, bersama ulam-ulaman.

BELIMBING REBUS
Bagi yang belum mengenalinya, inilah belimbing rebus. Belimbing buluh dibersihkan dan dibuang tangkainya, kemudian dimasak bersama garam kasar. Proses memasak agak lama, bergantung kepada kuantiti buah. Biasanya ia dimasak di dalam tin, di atas dapur arang. Ini untuk mengelakkan dari dapur berkarat akibat terkena garam dan air belimbing tersebut, juga dapat menjimatkan gas. Belimbing rebus ini digunakan sebagai asam dalam lauk-pauk. Selain dimasak sambal, boleh juga dimasukkan ke dalam singgang, gulai asam dan sebagainya.

Comments

Popular Posts