Project#37 Bingka Roti

Bahan-Bahannya:
 2 1/4 cwn Air
8hli DaunPandan
(Kisar daun pandan, dan tapiskan)
1cwn Gula
 1cwn Santan
2sb Butter
3 bj Telur
1/2sk Garam
1sb Perasa Pandan/Esen vanila
1bgks Roti Putih (520g)
Sedikit Pewarna Hijau
1sb Minyak
Bijan

Masukkan air pandan ke dalam pengisar dan kisarkan bersama gula,santan, butter, telur, garam, perasa pandan dan pewarna hijau. Carikkan roti dan letakkan ke dalam bekas. Tuangkan adunan yang telah dikisar ke atas roti. Biarkan lebih kurang 5 minit, roti akan kembang dan lembik. Ramaskan adunan roti tadi agar hancur sedikit, ketepikan sebentar. Sementara itu, masukkan minyak ke dalam bekas pembakar dan panaskan di dalam oven  (lebih kurang 10min). Masukkan adunan roti tadi ke dalam bekas pembakar dan tabur bijan. Bakar pada suhu 180⁰C selama 1 jam.

*untuk dalam gambar ini, kami telah olah sedikit resepi ini, dimana adunan kami bahagikan kepada dua bahagian iaitu koko dan pandan.  Jika ingin memasukkan perasa lain, jangan kisar perasa dan pewarna pandan. Sebaliknya hanya campurkan setelah adunan siap dikisar dan dibahagi.

Resepi Dari: fb-Dari Dapurku

Comments

  1. Hi may I know how many ml for one cup of sugar and santan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, sorry for late reply. 1cup coconut milk equal to 250ml. While sugar cannot measure in ml, but can convert into gram. 1 cup of sugar equal to +-175grams.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts