Project#143 Roti Jala

Assalam..
Menjala kita harini, pakai pukat kuning..dpt ikan kita buat kari..so lunch harini kita buat ROTI JALA, cicah kari ikan nyuk-nyuk…hihi..bahan nak buatroti jala senang je..jom tengok

ROTI JALA

3cwn Tepung Gandum
1/2cwn Tepung Beras
Sedikit Serbuk Kunyit
Garam secukupnya
Pewarna Kuning
Air

Campur semua bahan dan kacau sebati. Bancuhan JANGAN CAIR, sekadar senang nak kisar
dengan pengisar je. Masuk semua dalam pengisar dan kisar, kemudian tapiskan ke dalam bekas supaya adunan halus dan tak ada tepung yang berketul. Ini penting ya, sebab kalau ada tepung yang berketul tu, nanti tersekat dilubang acuan. ..ok biarkan dulu adunan tu, nanti kita test adunan tu ok ke tidak.
Panaskan kuali leper atau non stick pan. Sapu sedikit minyak. TS guna daun pandan untuk sapu minyak pada kuali, so minyak tak de la terlalu banyak dan roti pun tak terlalu berminyak dan tak lembik. Guna daun pandan tu tujuannya nak bagi minyak tu wangi..hihi..ni petua orang dulu-dulu.
Ok, bila pan dah panas, boleh testing adunan tadi atas kuali. Masukkan dalam acuan dan cuba jala. Kalau pekat tambah air sedikit demi sedikit sampai dapat bancuhan sesuai, tapi kalau terlalu cair, kena tambah tepung, kisar & tapis semula supaya tak ada ketulan tepung… Sebab tu tadi masa kisar TS pesan adunan jangan cair
Bila semua dah ok, boleh la mula menjala. Minyak tu tak perlu sapu setiap kali nak menjala, mungkin hanya selepas setiap 2-3kpg baru sapu minyak lagi, atau bila nampak kuali tu dah kering bolah la sapu minyak lagi. Masak roti jala ni tak perlu terbalikkan tau..Bila dah jala tadi, tunggu bahagian tepi dia terangkat sedikit, atau bahagian tengah dia kering, baru la kita lipat atau gulung roti tu, ikut citarasa la nak lipat/gulung mcm mana. TS suka lipat segitiga..

Selamat Mencuba..







Comments

Popular Posts