Project#142 Garlic Naan

Assalam..
Dah lama nak try buat roti naan ni..haritu ada makan kat sebuah restoran, masih terbayang kesedapan roti naan dia..TS order dua jenis naan, cheese & garlic..tapi TS lagi suka garlic..& guess what..mission accomplish…cabaran dari sis Tan Su Min, harini buat GARLIC NAAN nak cicah dengan daging gulai kawah semalam, 1st time try buat ni tau..ingatkan susah la sangat..(eh berlagak)..x cuba tak tau kan..
GARLIC NAAN
2sb Yis Kering
1cwn Air Suam
1/2sb Gula
4cwn Tepung Gandum
1/2cwn Susu (suam)
1sk Garam
2 1/2 cwn Minyak
1sk Bawang Putih (lebih kurang 3-4ulas- ditumbuk)

*kalau bercadang nak buat roti kosong je tak perlu letak bawang putih ni. TS tak letak sebab bercadang nak buat NAAN CHEESE pulak dengan adunan ni..hihi

BUTTER GARLIC (untuk disapu atas roti)
50g Butter
3-4bj Bawang Putih (cincang)
Garam secukupnya
Daun Ketumbar

Mula-mula sediakan Butter Garlic dulu. Ini untuk disapu atas roti bila siap dibakar nanti. Sapu masa roti masih panas, sebab tu kita sediakan dulu. Caranya, masukkan semua bahan dan kacau sehingga butter cair. Angkat dan ketepikan. Boleh juga guna Salted Butter, jadi tak perlu masukkan garam.

Ok next step sediakan yis dulu. Campurkan yis kering, gula dan air suam, kacau sedikit. Biarkan yis kembang dan berbuih selama lebih kurang 10 minit.
Sementara menunggu yis kembang, campurkan tepung, susu suam, garam, minyak dan bawang putih ke dalam sebuah bekas. Masukkan yis yang telah kembang ke dalam bekas tersebut dan gaulkan semuanya sehingga menjadi doh. Gaulkan/uli selama 1-2 minit sehingga tidak melekat ditangan. Doh memang sedikit basah, tetapi tidak begitu melekat ditangan. Kalau terlalu basah, tambahkan sedikit demi sedikit tepung. Bila dah siap, ambil sedikit minyak dan sapu pada bahagian dalam bekas, dan juga pada doh. Tutup doh dengan plastik, kemudian tutup bekasnya dengan kain. TS tutup dengan pinggan je..hahahaha…Kemudian perap doh sehingga kembang sekali ganda. Biasanya ambil masa selama 1-2 jam.

TIPS
*Kalau malas nak tunggu lama, panaskan oven sekejap (TAK PERLU SET SUHU-SEBAB DOH CUMA PERLUKAN HABA, BUKAN KEPANASAN) lepas tu tutup suis, masukkan doh tu dengan bekas dia sekali ke dalam oven..dlm 20minit kembang la doh tu..*

Bila doh dah kembang, tumbuk2 doh bagi keluar anginnya..lepas tu bahagikan doh sama besar. Panaskan non stick pan pada suhu paling tinggi, api besar ye.
1-doh baru siap uli
2-doh sudah kembang sekali ganda
3-doh yang dah dikeluarkan anginnya
4-doh dibahagi sama besar

TIPS
*Sebenarnya naan ni dimasak dalam tempayan tanah yang mempunyai suhu yang sangat tinggi. So, sebab tu pan kita pun mesti betul-betul panas, baru la naik gelembung-gelembung tu nanti, dan bahagian dalam roti pun tak akan jadi kering.*

Sambil tunggu non stick pan kita panas, bentukkan doh tadi. Tak kisah la nak bentuk apa pun, TS buat bentuk lonjong. TS bentukkan dengan tanganje, tak pakai rollin pin. Barulah nampak homemade kan..
TIPS
*Nak dapat roti yang elok, doh jangan terlalu nipis, nanti roti agak keras, & jangan terlalu tebal, nanti tak masak pulak bahagian dalam… TS buat tebal dia lebih kurang 5-7mm.*

Bila non stick pan dah panas, masukkan doh yang siap dibentuk tadi dan bakar 1-2minit sahaja (bagi setiap belah)..bila dah nampak ada gelembung2 besar, boleh la terbalikkan dan masak sehingga ada tanda2 kerak tu.
*tanda gelembung dalam bulatan tu yang akan jadi tanda2 kerak tu..bila nampak macam ni dah boleh terbalikkan roti tu..

Ok done..boleh angkat dan sapukan Butter Garlic tu dan juga taburkan daun ketumbar. Siapp…
Selamat Mencuba




Comments

Post a Comment

Popular Posts