Project#140 Ayam Sambal Mangga

Assalam..
Cadangan hari ni nak masak sambal ayam je, tetiba bukak fridge ternampak buah mangga yang beli semalam. So terus decide nak buat AYAM SAMBAL MANGGA. Lagipun mangga ni masam sikit, so memang sesuai la nak masak sambal..

AYAM SAMBAL MANGGA
Bahan-bahannya:
6ketul Ayam
1/2bj Buah Mangga (sederhana besar-disagat )
1bj Bawang Besar*
3ulas Bawang Putih*
1/2in Halia*
Belacan*(jika suka)
2-3sb Cili Kisar
Air Asam Jawa
Garam
Gula
Daun Ketumbar
Ayam digoreng seperti biasa (lumurkan garam dan kunyit dan goreng), ketepikan. Kisar bahan bertanda * kemudian tumis bersama cili kisar sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masukkan buah mangga kacau rata. Tambah air sekiranya kuah terlalu kering. . Seimbangkan rasanya, mesti ada masam, manis dan cukup rasa masin. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sebati. Tutup api dan taburkan daun ketumbar. Ok siapp…
Selamat Mencuba..





Comments

Popular Posts