Project#128 Kaswi Gula Merah

Assalam..
Harini saje testing buat kuih trdisional..KASWI GULA MERAH..sebelum ni TS dah pernah cuba buat yang Kaswi Pandan, kalini pakai gula merah pulak. Dulu TS rasa kuih-kuih tradisional ni susah dan leceh nak buat. Tapi sebenarnya senang la sangat..bahan pun hanya guna apa yang selalu ada dirumah..ye la orang zaman dulu kan tak de la nak guna emalco, esen, pewarna bagai..semuanya asli....tak percaya tengok la resepinya di bawah tu….

Bahan-bahannya
1cawan Gula Merah (TS guna ¾ je)
1cwn Gula Putih (ni pun TS tak sukat betul-betul penuh..takut pulak manis sangat..hihi)
2helai Daun Pandan
5cwn Air

Bahan-bahan di atas masukkan dalam satu periuk dan masak sampai gula larut. Lepas tu biarkan ia sejuk. Bila dah sejuk tu, baru sediakan bahan lain

2cwn Tepung Gandum
1/2cwn Tepung Ubi atau Tepung Jagung
1/2sk Air Kapur
Sedikit Garam

Satukan bahan di atas dan masukkan air gula tadi. Kacau sebati. Lepas tu, tapiskan ke dalam loyang yang di sapu sedikit minyak. TS tak sapu minyak pun..ok je tak melekat..hihi..Dah siap semua bolehlah kukus selama 30-35minit..Penutup kukus tak perlu balut kain. Kuih tradisi macam ni selalunya makan dengan kelapa parut.

Kelapa Parut + sedikit garam

Bila adunan tadi dah masak, tutup apinya dan angkat..masukkan pula kelapa parut tadi dan tutupkan semula kukus. Biarkan kelapa dalam wap kukusan seketika untuk elakkan kelapa jadi cepat basi. Tapi jangan terlalu lama pulak, 2-3minit dah cukup..nanti kelapa jadi kering, tak sedap pulak….Kuih tadi biarkan sejuk dahulu baru potong. Gaulkan dengan kelapa parut. Sedia dinikmati…

Mudah aje kan…jom cuba



Comments

Popular Posts