Project#121 Meen Kulambu (South Indian Fish Curry)

Assalam..

Harini baru berkesempatan nak taip resepi MEEN KULAMBU atau South Indian Fish Curry..dah lama nak cuba masak kari yang rasa macam ni, tapi selalu tak jadi..selalunya jadi macam kari melayu je..hikhikhik..Bila cuba resepi ni memang wow..walaupun TS tak ikut 100% cara dia tapi inipun dah menepati selera. Lepas ni kalau nak buat kari ikan mesti pakai resepi yang ni..


Bahan-bahannya:
500g Ikan
gunakan ikan yang berisi tebal macam ikan bawal, ikan merah dll..TS guna ikan nyuk nyuk.
1bj Bawang Besar
2ulas Bawang Putih
2sb Cili Kisar
1sb Serbuk Ketumbar
1sk Serbuk Kunyit
2bj Tomato (cincang)
1cwn Santan
Air Asam Jawa
Beberapa batang Kacang Bendi
Garam

Bahan Tumis
1 ½ sk Halba
1 ½ sk Biji Sawi
1 ½ sk Jintan Manis
3tgkai Daun Kari
2bj Lada Hijau

Caranya:
Kisar bawang merah dan putih, dan tumiskan bersama cili kisar, serbuk kunyit dan serbuk ketumbar sehingga naik minyak. Kemudian masukkan tomato, masak sebentar sehingga lembut. Masukkan ikan, air asam jawa dan sedikit air jika perlu..biarkan ikan betul-betul masak.

Sementara itu tumiskan semua bahan tumis sehingga layu. Ketepikan seketika.

Bila ikan dah lembut, bolehlah masukkan kacang bendi, santan dan, garam serta bahan tumisan tadi. Masak sehingga mendidih dan kacangbendi lembut. Bila semuanya sudah masak dan sesuai rasa bolehlah tutup apinya dan angkat.

Dalam resepi asalnya, ikan diperap dahulu selama 3 jam bersama cili kisar, air asam jawa dan serbuk ketumbar. Tapi TS tak ada masa nak perap, jadi TS tumiskan sahaja.


Comments

Popular Posts