Project#124 Percik Ikan Kembong
Assalam..
Menu merecikkk harini..
PERCIK IKAN KEMBONG
Bahan-bahannya:
4ekor Ikan Kembong
Ikan dilumur garam dan serbuk kunyit lepas tu bakar. Terpulang la nak bakar macam mana. Kalau rajin bakar pakai arang. Kalau tak de arang bakar je atas dapur. Kalau rasa tak rajin nak bersihkan semula dapur bakar je dalam non-stick pan. Nak lagi senang bakar je dalam oven..tapi of course the taste & result is different. TS bakar dalam non-stick pan..pemanggang ajaib..Ok..next step kita siapkan kuahnya
4kpg Cili Kering
(TS rendam sekejap dalam air panas bagi lembut)
1bj Lada Besar
1bj Bawang Besar
1in Halia
1/2cwn Santan
1/2cwn Air
Kisar semua bahan di atas dan masak atas dapur, bersama bahan-bahan di bawah:
1kpg Asam Keping (boleh tukar air asam jawa)
1/2sk Kunyit Serbuk
Gula Melaka
Gula Putih
Garam
Masak semua bahan sampai kuah jadi pekat. Jangan lupa kacau.Tahap kepekatan tu terpulang la pada selera masing-masing. Yang penting cili tumesti masak, tak ada rasa cili mentah ya. TS suka yang agak berkuah jadi TS tak masak terlalu pekat. Kalau suka boleh masak sampai jadi pes.Bahan akhir TS masukkan ialah
1/4cwn Susu Cair
Kalau tak nak masukkan susu cair boleh lebihkan sedikit santan tadi ya..(guna 1cwn Santan)
Bila dah pekat sapukan pada ikan tadi (dua-dua belah) dan bakar lagi. Sambil-sambil bakar tu sapu lagi kuah tu sampai kuah tu pekat dan lekat padaikan. Dah siap boleh angkat dan hidangkan. Kuah yang lebih boleh tuang lagi atas ikan atau boleh buat pencicahnya..
Selamat Mencuba
Comments
Post a Comment