Project #127 Bhindi Kurkuri
Assalam
Resepi makanan india lagi ye harini..kuikuikui..namanya BHINDI KURKURI a.k.a crispy okra ataupun Bendi Goreng Rangup. TS suka masakan india sebab ada penggunaan rempah. Dalam masakan melayu pun ada guna rempah, tapi dalam masakan india ni, rasa rempahnya jadi berbeza walaupun kita guna rempah yang sama. Aroma dia pun jadi lebih kuat. Yelah, rempah biasa, macam jintan manis, biji ketumbar, serbuk kunyit, biji sawi & sebagainya, kan biasa juga kita guna dalam masakan melayu..tapi kelainan rasa tu yang buat TS selalu teruja nak cuba masakan india ni..amboi panjang celoteh..jom tengok resepi..ops sebelum tu..ni bukan resepi original..tapi yang TS olah sendiri sebab tak pasti rempah yang digunakan tu nak dapat dari mana..original resepi boleh rujuk gambar TS attached di bawah ye..
-+10bj Kacang Bendi
1sk Serbuk Ketumbar
1sk Serbuk Jintan Manis
1sk Serbuk Paprika
*kalau tak ada paprika boleh ganti serbuk kari + serbuk cili
1/2sk Serbuk Kunyit
1sb Tepung Beras
Garam secukup rasa
Kacang bendi tu basuh dulu, toskan airnya, then baru hiris memanjang macam dalam gambar. Lebar lebih kurang 1cm..agak-agak lah ye..jangan basuh lepas potong, nanti berlendir.
Lepas tu campurkan semua bahan yang lain, gaulkan sebati.
Lepas tu goreng tenggelam sampai tepung tu nampak keperangan..boleh angkat dah terus hidangkan…boleh makan dengan nasi, atau boleh juga dibuat snek...
Ok di bawah ni resepi original yang TS sebut tadi..
Lepas tu campurkan semua bahan yang lain, gaulkan sebati.
Lepas tu goreng tenggelam sampai tepung tu nampak keperangan..boleh angkat dah terus hidangkan…boleh makan dengan nasi, atau boleh juga dibuat snek...
Ok di bawah ni resepi original yang TS sebut tadi..
Selamat Mencuba..
Comments
Post a Comment