Project#126 Kuih Sagu

Assalam
Petang ni TS masak KUIH SAGU. Selalunya TS buat sagu gula melaka je sebab kurang pandai nak sukat air untuk kuih sagu ni. Mesti lembik sikit. TS suka yang ada kenyal-kenyal. Kalau TS beli pun jarang jumpa yang sedap. Kelmarin tengok my sister in law buat, dia cakap masak atas dapur dulu then kukus. So, apa lagi..”Google” la..TS follow resepi dari Azie Kitchen..&..jadiiiii…bestnya..
Bahan-bahannya:
1cwn Sagu
3cwn Air
1helai Daun Pandan
3/4cwn Gula
Pewarna Merah
Kelapa Muda Parut (kalau tak dapat kelapa muda, kelapa tua pun takpe, parut putih sahaja)
Garam

Carannya, didihkan air bersama pewarna dan daun pandan. Bila air dah mendidih, keluarkan daun pandan, dan masukkan sagu. Kacau. Guna apisederhana. Bila sagu tu dah mula pekat, masukkan gula. Kacau lagi sampai air dia dah mula kering dan sagu tu dah jadi likat. Masa ni masih adaputih lagi dalam biji sagu. Angkat sagu dan masukkan dalam loyang. Untuk sukatan ni sesuai loyang 6”. Kalau besar nanti kuihnnya nipis. Kemudiankukus selama 30-40minit, sampai putih dalam biji sagu tu tak de. Kukus ni agak makan masa, tapi tak pe..berbaloi menunggu..TS kukus lebih kurang 40min. Dah siap kukus, tutup api, keluarkan sagu dan masukkan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam, tutup kukus tu.. biarkan sekejap dalam kukus yang masihpanas tu. Tujuannnya supaya kelapa tu tak cepat basi. Ni cara TS la, sebab tak perlu bazir nak bukak api lagi..hihi…





Comments

Popular Posts