Project#92 Cocktail Pudding with Custard Gravy

Bahan-bahan:
1tin Air
1tin (besar) Koktail Buah-buahan (dan airnya)
1tin Laici/longan ( dan airnya)
2-3sb Tepung Kastad (kuantiti menentukan kepekatan)
3/4cwn Gula (kurangkan jika tak mahu manis)
1tin Susu Cair
Puding Segera/sumi jelly

Caranya:
Tapis koktail buah-buahan dan juga laici. Masukkan airnya ke dalam periuk, bersama air, tepung kastad dan gula. Kacau sebati dahulu, kemudian masak di atas dapur dengan api sederhana kecil. Kacau sehingga gula larut dan tepung masak. Pastikan kuah tidak ada rasa tepung. Kacau sehingga kuah mula pekat. Kemudian angkat dan baru masukkan susu cair. Susu cair ni mudah pecah bila dimasak lama di atas dapur, jadi kita masukkan kemudian sikit. Kemudian masukkan buah koktail, laici/longan dan puding segera/sumi jelly. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati. 

Comments

Popular Posts