Project#87 Chicken Padprik

Bahan-bahannya:
1cwn Isi Ayam (potong kiub)

Sayuran: (kuantiti ikut selera)
Lobak Merah
Celery
Kacang Panjang
Jagung Muda
Lada Benggala 
Bunga Kobis
Brokoli
*terpulang nak masukkan sayuran apa mengikut selera masing-masing

Sos:
3sb Sos Cili
2sb Sos Tomato
1sb Sos Tiram
1sb Kicap Manis

Bahan Tumis:
1bj Bawang Merah
4ulas Bawang Putih
1/2in Halia
2-3bj Cili Tomyam (ikut selera, kalau tak mahu pedas tak perlu letak atau kurangkan kuantiti)
1btg Serai

Bahan lain:
3-4hli Daun Limau Purut
1bj Limau Kasturi
Serbuk Kunyit
Kuib Ayam
Garam
Gula

Caranya:
Tumiskan bahan tumis sehingga layu. masukkan isi ayam dan sedikit serbuk kunyit. biarkan ayam tergoreng sebentar. Kemudian masukkan sayuran dan goreng sebentar. Apabila sayuran sudah agak lembut, masukkan semua jenis sos dan sedikit sahaja air serta daun limau purut. Biarkan mendidih seketika. Masukkan kiub ayam, gula dan garam. Seimbangkan rasanya. Apabila sudah masak. Tutup api dan perahkan limau kasturi, gaul rata sebelum diangkat. Siap dihidangkan...
Selamat Mencuba

Comments

Popular Posts