Project#91 Ikan Bawal Masam Manis

Bahan-bahannya:
2ekor Ikan Bawal (saiz sederhana)
Serbuk Kunyit
Garam

Bahan Kuah:
2bj Tomato @ 1/2bj Nanas (dikisar menjadi jus)
1sb Pes Tomato 
1tin Nenas kiub dan airnya
1/2bj Lada Benggala Hijau
Daun Ketumbar
Air Asam Jawa (jika kurang masam)
Garam
Gula

Bahan Kisar:
2bj Bawang Besar
3ulas Bawang Putih
1sb Cili kisar

Caranya:
Ikan Bawal dilumur dengan serbuk kunyit dan garam sehingga rata. Kemudian digoreng sehingga agak garing. Setelah masak, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dahulu. 
Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga perang atau garing. Kemudian masukkan jus tomato @ nenas bersama pes tomato. Masak sehingga mendidih. Masuk
kan pula air nenas dan masak sehingga kuah agak pekat. Setelah itu, masukkan garam dan gula. Sekiranya kuah kurang masam, boleh tambahkan air asam jawa. Setelah rasanya seimbang, masukkan lada benggala dan nenas kiub. Masak sebentar sehingga lada benggala sedikit lembut. Setelah masak, curahkan kuah tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi dan taburkan daun ketumbar. 





Comments

Popular Posts