Project#85 Rendang Kerang

Bahan-bahannya:
1kg Kerang
*bersihkan dan rebus dengan garam dan daun kunyit. Buang kulitnya dan ketepikan dahulu.

Bahan Kisar:
2bj Bawang Besar
3ulas Bawang Putih
*2bj Cili Besar (jika tak mahu pedas)
*4bj Cili api ( ikut selera )
* boleh juga gunakan cili kering yang telah dikisar. Hasilnya, rendang akan jadi lebih kemerahan dan sedikit gelap.
1inci Halia
1btg Serai
1/2inci Lengkuas 
(kalau tak ada pun tak apa)
1/2inci Kunyit
(boleh juga gunakan kunyit serbuk)

Bahan Lain:
1/2cwn Santan
1sk Kerisi
Gula Melaka
Garam
Daun Kunyit (dihiris untuk taburan)

Caranya:
Tumis bahan kisar sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan kerang, santan, kerisik, gula melaka dan garam. Kacau sebati dan masak seketika. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris dan angkat.

Comments

Popular Posts