Project#90 Kerabu Kacang Botor

Bahan-bahannya:
1ikat Kacang Botor
1btg Bunga Kantan 
1labu Bawang Besar
2bj Limau Kasturi (jus)
Garam
Gula

Bahan Tumbuk
2-3bj Cili api (ikut tahap kepedasan masing2..)
1bj Lada Besar Merah
1ggm Ikan Bilis @ Udang Kering
Belacan

Caranya:
Hiris kacang botor, bunga kantan dan bawang dan masukkan ke dalam bekas. Kemudian masukkan bahan tumbuk dan jus limau kasturi. Gaul rata semua bahan dan perap sebentar lebih kurang 10minit. Selepas itu, kacau lagi dan seimbangkan rasanya. Kemudian boleh dihidangkan..selamat mencuba...😉


Comments

Popular Posts