Project#95 Omellete Terung

 Bahan-bahannya:
1bj Terung Sederhana
(kalau terung kecil pakai 2 bj)
1bj Telur
2ulas Bawang Putih 
(kalau tak suka rasa bawang putih boleh pakai 1 ulas sahaja)
1/2bj Cili Merah 
1/2bj Cili hijau
(boleh masukkan cili api jika mahu pedas)
Garam

Caranya:
Terung dibersihkan dan jangan dibuang tangkainya (supaya mudah diterbalikkan semasa memasak nanti).  Bakar terung dan buang kulitnya. Kemudian dilenyek sedikit supaya menjadi leper dan terbuka kembang. Ketepikan dahulu. Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan bawang putih, lada merah, lada hijau dan cili api yang telah dicincang, juga masukkan sedikit garam. Pukul semua bahan tersebut dengan garfu hingga kembang. Kemudian celupkan terung tadi ke dalam adunan telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar).. Adunan telur yang selebihnya boleh tuang atas terung tersebut. Masak sehingga perang dan terbalikkan. Setelah masak, boleh angkat dan hidangkan. 
Selamat mencuba..😊

Comments

Popular Posts