Project#93 Cheesecake Brownies

Bahan-bahannya:

Bahan Brownies
 115g Dark Chocolate
1/2cwn Butter
1/3cwn Gula Halus 
(saya pakai gula biasa yang diblend)
1/3cwn Gula Merah
 ( saya guna gula merah timbang)
*kalau tak mahu pakai gula merah, boleh tukar kepada 3/4cwn gula halus @ gula perang*
1/2cwn Tepung Gandum
1/2sk Baking Powder
2bj Telur

Bahan Cheesecake
1bj Telur
250g Cream Cheese 
1/4cwn Gula Halus
1sk Esen Vanila

Caranya: 
Lenserkan sedikit minyak@butter pada acuan 8"x8" dan alas dengan baking paper (kalau tak ada pun tak mengapa) Kemudian cairkan ketulan coklat bersama butter dengan kaedah double-boil. Apabila kedua-dua bahan sudah cair, masukkan kedua-dua jenis gula dan kacau sehingga gula tidak berketul. Kemudian angkat. Biarkan adunan suam seketika barulah masukkan telur, tepung dan baking powder. Kacau sehingga semuanya sebati. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disediakan tadi. Jangan lupa tinggalkan 2-3sudu besar adunan untuk corak (swirl) diatasnya nanti.
Untuk cheesecake, pecahkan telur ke dalam mixer, dan kacau sebati, kemudian masukkan cream cheese, gula dan esen vanila. Putarkan mixer sehingga semua bahan menjadi berkrim. Kemudian lapiskan adunan cheese ke atas adunan brownis tadi. Ratakan. Masukkan lebihan adunan brownis tadi dan lorek dengan lidi atau pemegang sudu untuk corak (swirl)..
Setelah selesai, bakar pada suhu 150°c selama 35-40minit (bergantung pada oven anda). 😊

Comments

Popular Posts