Project#51 Tandoori Chicken

Bahan-bahan:-
5-6ketul  Ayam

Bahan Perapan:-
*5kntm Bunga Cengkih
*2-3kpg Cili Kering
*2bj Buah Pelaga Hijau
*1bj Buah Pelaga Hitam
( buah pelaga pakai salah satu sahaja pun boleh)
*1sk Ketumbar biji
*1/2sk Jintan Manis
*1/2sk Halba
(Sangai bahan bertanda * dan kisar halus)
1cwn Yougrt (tanpa perisa)
(kalau tak ada yogurt boleh gunakan buttermilk-1cwn susu cair + 2@3sb Cuka)
1/4cwn Minyak (canola/kacang/jangung/biasa)
2sb Jus Limau Nipis/ Cuka
1sk Garam
1/4sk Serbuk Kayu Manis
1/4sk Serbuk Paprika
(serbuk paprika boleh gantikan dengan serbuk cili)
1/4sk Serbuk Kunyit
Sedikit Serbuk Lada Sulah
8ulas Bawang Putih ( cincang/tumbuk)
2inci Halia (cincang/tumbuk)

Bahan Sos:-
1/2cwn Air
1sk Madu
Garam
Serbuk Lada Hitam
Limau Nipis

Untuk menyediakan perapan, satukan bahan rempah yang telah disangai dan kisar tadi bersama yogurt,minyak, jus limau nipis, garam,serbuk kayu manis, paprika, serbuk kunyit, serbuk lada sulah, bawang putih dan halia. Kacau sehingga semuanya sebati. Sesuaikan rasa. Asingkan 1/3cwn adunan untuk dibuat sos. Masukkan ayam ke dalam bekas adunan bahan rempah tadi. Perap ayam sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Setelah diperap, ayam bolehlah dibakar samaada dalam pan atau oven (190*C-20-25min@sehingga masak)

Untuk sosnya pula: Masak adunan perapan yang diasingkan tadi bersama air, madu dan serbuk lada hitam. Masak atas api sederhana dan dikacau selalu. Masukkan garam jika perlu. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. Perahkan sedikit jus limau nipis apabila dihidang nanti…

Comments

Popular Posts