Project#50 Daging Goreng Jintan

Bahan-bahannya:-
500g Daging (Di Hiris Nipis)
2inci Halia (Hiris Batang Mancis)
1bj Bawang Kuning (Hiris)
2bj Bawang Putih ( Di Cincang Halus)
1sk Serbuk Kunyit
*1sb Jintan Manis
*1sk Jintan Putih
*1sb Lada Hitam
(sangai bahan bertanda* dan ditumbuk halus)
1btg Serai (Dititik)
10bj Cili Api (Dititik setiap biji)
*Jika tak mahu pedas boleh gantikan dengan Lada Besar (belah)
2sb Kicap Manis
 1sb Sos Tiram
Air
Garam
Gula
Perasa

Goreng halia dan bawang besar sehingga garing. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika. Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan daging, serbuk kunyit. Gaul dan biarkan daging tergoreng sebentar. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk. Setelah empuk, biarkan airnya tinggal sedikit. (Terpulang pada citarasa masing-masing sekiranya ingin berkuah sedikit atau banyak). Masukkan bahan yang telah disangai dan tumbuk, serai, cili, kicap manis, sos tiram. Masukkan halia dan bawang yang digoreng tadi. Perasakan dengan garam, gula dan perasa. Kacau sebati dan seimbangkan rasanya. Tutup api dan angkat.


Comments

Popular Posts