Project#45 Kuih Koci Labu

Bahan Inti:-
1bji Kelapa Muda (Parut)
2hli Daun Pandan
 1cwn Gula Merah
2sb Gula Putih
1/4sk Garam
1sb Tepung Gandum
Campur semua bahan-bahan tesebut (kecuali tepung) dan masak sehingga kering. Setelah kering taburkan tepung dan kacau. Biarkan lebih kurang 10 minit atas api kecil. Kemudian tutup api. Ketepikan dan biarkan sejuk.

Bahan Santan Putih
1cwn Santan
1/4sk Garam
1sk Tepung Gandum  
Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih sambil dikacau agar santan tidak pecah. Gunakan api sederhana. Setelah mendidih, angkat dan ketepikan dahulu.

Bahan Tepung
 1cwn Labu (Rebus & Lenyek )
1 1/4cwn Tepung Pulut
2sb Tepung Gandum
Secubit Garam
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga membentuk doh.

Bahan Membungkus
Daun Pisang secukupnya..

Setelah selesai ketiga-tiga bahan, didihkan air dalam periuk. Ambil tepung dan bentukkan bulat , mengikut saiz yang anda mahu.  Tekan sedikit dan masukkan inti. Kemudian bulatkan semula. Ulang proses sehingga tepung habis. Kemudian masukkan ke dalam air yang mandidih tadi. Masak sehingga tepung timbul dipermukaan. Angkat dan masukkan pula ke dalam santan. Kemudian balutkan dalam daun pisang. Apabila siap bolehlah dihidangkan..

Comments

Popular Posts